Sunday, February 11, 2007

Doa dan harapan

MALAM tadi… di atas katil, setelah dia menutup kaki dan kepalanya dengan tuala yang diambilnya di rak baju, dia menadah tangan. Seperti berdoa.
Memang dia sedang berdoa. Saya memang pasti. Tapi apa yang didoakannya tidaklah saya ketahui.
Tadi selesai solat Zohor, di sebelah saya, beralaskan sejadah kecil sekali lagi saya lihat dia menadah tangan. Sampa seperti tadi malam.
Sewaktu saya mahu melangkah ke pejabat lebih kurang jam 2 tadi, dia berpesan: “Ummi nanti beli effshe ok.”
Saya faham maksudnya. Dia mahu dibelikan KFC. Sejak bila dia mengenal ayam goreng itu sebagai KFC saya kurang pasti. Cuma seingat saya inilah kali pertama dia menyebutnya.

Hari ini ulang tahun kedua kelahirannya. Anak cilik saya semakin meningkat usia.
Selamat Ulang Tahun ‘Atif Alifah!
Moga jadi anak solehah.
Moga jadi anak yang sentiasa menyejukkan hati Ummi dan Abah.