Thursday, June 11, 2009

Tawaran


Sewaktu keluar dari bilik mandi, dia sudah menyediakan dua keping lampin pakai buang berlainan saiz di atas tilam.
"Ummi tukarkan Aufa, adik Afrah biar kakak yang tukarkan," dia menawarkan diri.
"Kakak pandai ke?" Saya menyoal.
"Ummi ajarlah," jawabnya bijak.
"Lain kali biar kakak saja yang tukarkan lampin adik Afrah ye Ummi..." Dia memohon keizinan untuk menjalankan tugasan itu seterusnya selepas ini...

Selesai menguruskan mereka, saya bersiap-siap untuk membaringkan badan. Hasrat hati mahu cepat melelapkan mata.Merehatkan fikiran.
"Ummi sakit belakang? Meh kakak urutkan," sekali lagi dia menawarkan diri.

Dalam sekejapan dua kali dia membuka tawaran. Adakah dia menginginkan sesuatu daripada saya? Melakukan perkara ini supaya dia diberi 'upah' mengikut kehendaknya?
Saya tidak fikir begitu kerana sebelum ini jika berhajat sesuatu, dia tidak berbuat seperti ini. Dia akan terus menyuarakan apa mahunya tanpa membuat tawaran terlebih dahulu.
Saya yakin dia ikhlas. Saya juga yakin anak ini sudah mula memahami lelah Ummi setiap malam bila pulang dari pejabat.

"Tak apa lah. Ummi mengantuk sangat. Esok sajalah kakak urut Ummi ok."
"OK," jawabnya ringkas.

Saya kemudian mengucup pipi setiap seorang. Dia menyoal lagi...
"Kenapa mesti cium semua orang?"
"Itu tandanya sayang Ummi pada semua anak-anak Ummi adalah sama."
"Ooooo...." dia puas hati.

Selamat malam suami! Selamat malam anak-anak! Moga esok masih ada kesempatan untuk kita terus berkasih sayang....

Wednesday, June 10, 2009

BUNGA-BUNGA HATI

Monday, June 08, 2009

Anak















Dua hari lepas hari jadi Abah.
"Happy birthday Abah!"
Mohga Abah sukses selalu, sihat selalu, ceria selalu, bahagia selalu!
Atif tak beli apa-apa untuk Abah... maaf ye Abah.
Haniyya pun sama .... maaf ye Abah.
Aufa begitu juga ... maaf ye Abah.
Sumaiya.... Sumaiya kecil lagi... mana tau nak beli! Sorryyyyy....
Apapun we always love Abah! Happy birthday Abah!










Labels:

Saturday, August 23, 2008

Sejuk Tangan Mak dan Ayah






Saya tidak mampu melakukan seperti mereka. Di sekeliling rumah kami terdapat tidak kurang daripada 300 pasu yang ditanam tumbuhan indah menyejukkan mata.

Inilah antara hasil sejuk tangan mak dan ayah.


Bukan baru sehari dua mereka melakukannya. Tapi minat yang dikongsi bersama ini sudah dilaksanakan sejak berpuluh tahun dahlu.


Seingat saya, sejak di sekolah rendah dulu mak dan ayah menyediakan jadual untuk saya dan dua adik lagi bergilir-gilir menyiram tumbuh-tumbuhan tanaman mak dan ayah di keliling rumah.


Dan kini... tidak ada jadual untuk kami lagi. Mak dan ayah yang sudah lebih lima tahun bersara seringkali saya lihat berbual-bual bersama tanam-tanamannya.


Dan hasilanya... lihatlah! Ini cuma 1 peratus yang dapat saya tunjukkan.

Wednesday, May 07, 2008

Check out my Slide Show!

Sunday, January 06, 2008

Kisah Minggu Pertama

Sepanjang minggu pertama tahun baru 2008 ini pelbagai cerita yang disuakan oleh teman-teman ke telingga saya. Minta pandangan... dan ada juga sekadar mahu saya menjadi pendengar luahan beban perasaan yang ditanggungnya. Antaranya adalah:

A menceritakan bagaimana pembantu rumahnya bertindak mengoyakkan cadar apabila ditegur tentang bilik yang disediakan untuk pembantu rumah itu sendiri yang dilihatnya tidak pernah dikemaskan oleh penghuni bilik itu semenjak A membawa pembantu rumah itu masuk ke rumahnya.Dengan ucapan memberontak - "ini bilik saya. suka hati sayalah sama ada mahu dikemaskan atau tidak," si pembantu rumah khabarnya sampai bertindak menggoyakkan cadar tidak terurus yang digunakan untuk melapis tilam di katilnya itu.

B mengirim SMS kepada saya mengadu suaminya yang semakin berubah akhir-akhir ini.

C bercita tentang anak remanjanya yang semakin kerap bersikap protes dan ada kalanya membuatkan C menitiskan air mata kerana tidak dapat memahami apa mahunya si anak.

D menelefon mengadu insan yang dikasihinya 'dikesan' mempunyai 'hubungan' dengan permpuan lain. Kata D, mahu diminta penjelasan lanjut dari hati orang yang dikasihnya itu, bimbang nanti benda tidak seberapa dia yang melebih-lebih. Bimbang lain jadinya. Tidak ditanya... khuatir si kekasih hati semakin alfa dan asyik masyuk. Akhirnya... juga lain jadinya!

Baik A, B, C mahupun D.
Sebenarnya sahabat-sahabatku (tak ketinggalan pada diri saya sendiri), apa yang berlaku dan kita tempuh ini merupakan cuma sedikit 'sergahan' Tuhan untuk kita yang selama ini terlalu merasa selesa dengan kehidupan yang dialalui. Dia sekadar mencuit kita supaya kita beringat. Supaya kita tidak leka. Supaya kita kembali membuka mata.

Mungkin itu teguran Tuhan untuk kita supaya berhati-hati mengeluarkan kata-kata bila berbicara dengan orang lain. Tak kira siapa dia. Sama ada kedudukannya lebih atas atau lebih rendah daripada kita. Hati semasa manusia perlu kita jaga.

Mungkin Tuhan mahu mengingatkan kita semula, memang sifat manusia hatinya berubah-ubah. Tak kira siapa. Walau dia suami kita. Ada kalanya kepercayaan kita dilecahkannya. Walau begitu bukanlah bermakna dia sengaja berbuat demikian (dan tak mustahil juga memang disengajakan). Jalan terbaik antara suami isteri seringlah ingat memperingati. Nampak berubah... tegur menegurlah. Bila merasa ada yang tidak kena...seeloknya kita berterus-terang. Jangan disimpan. Kelak yang rosak hati sendiri juga. Baik isteri mahupun suami sesamalah lunturkan ego untuk kebaikan bersama.

Memang benar diusia anak meningkat remaja, inilah detik yang paling mencabar dalam mendidiknya. Saat inilah mereka mahu meneroka dan mencari jawapan dalam segala sudut kehidupan. Sehinggakan perkara-perkara yang tidak sepatutnya untuk usia semuda itu. Apapun kita perlu banyak besabar berhadapan dengan proses 'penerokaan' yang mereka alami ini. Imbas semula bagaimana ibu bapa kita berhadapan dengan ragam kita seusia itu dahulu. Berjaya atau tidak ibu bapa kita mengatasinya? Kalau berjaya.... apa salahnya cara itu kita gunapakai.

Bila sesuatu kita lakukan dengan ikhlas, memang kita tidak suka mengungkit-ungkit malah menyebutnya pun tidak mahu kepada orang yang dikasihi tentang pengorbanan yang telah kita lakukan untuk kebaikan bersama. Kerana kita tidak pernah menyebut-nyebut... ada manusia yang seolah terlupa untuk menghargai. Dan ada juga tahu dan tidak pernah melupakan pengorbanan itu namun dalam masa yang sama dia tetap merobek hancur hati orang yang disayangi. Tidak tahulah sama ada kerana sifat pentingkan diri sendiri tanpa memikirkan hati dan perasaan orang yang menyayangi atau apa sebenarnya....

Kepada A, B. C dan D... Maaf kerana saya sekadar mampu menjadi pendengar yang baik
Apapun.... apa juga perkara yang mengetuk dan menggegarkan jantung kita... rasanya tempat yang paling tepat untuk kita mengadu adalah pada Dia Yang Maha Mengetahui. Mohonlah pada-Nya. Kerana Dia Yang Lebih Arif kenapa 'tanda peringatan' itu diberi-Nya kepada kita. Dan itulah juga yang sering saya lakukan!

Wednesday, January 02, 2008

Hampir Setahun...

Sudah hampir setahun dada laman ini tidak saya coret. Sibuk? Apa yang saya sibukkan? Mahu dipersalahkan hambatan tugas dipejabat... sama sekali perbuatan itu tidak masuk akal. Alhamdullillah segala tugas yang dipertanggungjawabkan dapat dilaksanakan dengan sempurna tampa memberi tekanan kepada saya. Dan kerana itu tugas sebenarnya bukan menjadi penghalang untuk melukis, melakar, mencoret dan apa saja mahu saya lakukan di dada laman ini. Jadi kenapa saya tidak menulis? Entahlah.... saya sendiri tidak menemui jawapan pasti...

Dan kenapa hari ini tiba-tiba ringgan jemari ini untuk mencoret semula? Mungkin satu jawapan klise... 'entahlah saya sendiri tidak menemui jawapannya....'

Emmm... tahun baru juga sudah beberapa hari kita jejak. Selamat tahun baru suamiku! Selamat tahun baru anak-anakku! Selamat tahun baru juga untuk diriku sendiri!

Sebenarnya malam ini... saat ini.. ketika ini... hati saya sedikit walang. Teringat suami terkasih. Teringat anak-anak tercinta. Teringat keluarga tersayang...

Kenapa?

Kerana pada mereka tersimpan kasih
Pada mereka tersimpan sayang
Pada mereka tersimpan cinta
Pada mereka tersimpan cerita
Cerita yang menyimpan 1001 warna kehidupan yang hakiki!

Ya Rab...bawalah aku segera dekat dengan mereka. Biar dapat aku dakap erat 'hati' suamiku. 'Jiwa' anak-anakku. 'kalbu' keluargaku... Ku phohon belasmu Ya Allah!!!